DuniaSemasa

Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye

ANKARA: Recep Tayyip Erdoğan memenang pusingan ke-2 Pilihan Raya Presiden Turkiye, sekali gus melanjutkan pemerintahannya untuk 5 tahun lagi.

Lembaga Pilihan Raya negara itu mengesahkan dengan 99% undi selesai dikira, kiraan rasmi menunjukkan Erdogan peroleh 52.14% sokongan.

Sementara itu seterunya, Kemal Kilicdaroglu menerima 48.09% undi secara keseluruhannya. Kilicdarogu dalam pada itu mendakwa, pilihan raya berlangsung dalam keadaan tidak adil.

Pusingan pengundian pertama pada 14 Mei menyaksikan tiada pihak mendapat 50% undi mutlak.

“Semoga kita mempunyai negara yang memberi kita satu lagi kemenangan. Selamat Abad Turki. Tahniah atas kemenangan besar Türkiye kami,” ucap Erdogan kepada penyokongnya.

Erdogan menjadi Perdana Menteri pada 2003 dan menyusul menjadi Presiden pada 2014.

Pilihan raya kali ini disifatkan paling signifikan buat Turkiye.

Pembangkang sebelum ini yakin ada peluang menyingkirkan Erdogan selepas kemerosotan popularitinya, gara-gara krisis kos sara hidup.

Sebaliknya, kemenangan ini akan mengukuhkan lagi imejnya selepas mengubah dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar luar.

Ini termasuk meletakkan imejnya sebagai kuasa serantau dengan peranan semakin besar dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button