Enam tahanan Palestin teruskan mogok lapar di penjara Israel
RAMALLAH : Enam tahanan Palestin di penjara Israel meneruskan mogok lapar sebagai tanda protes terhadap dasar penahanan pentadbiran Israel, menurut sebuah NGO Palestin pada Ahad.
Persatuan Tawanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan berkata tahanan yang paling lama melakukan mogok adalah Kayed al-Fasfous iaitu sejak 67 hari yang lalu.
Dasar penahanan pentadbiran membolehkan pihak berkuasa Israel melanjutkan tempoh penjara tahanan tanpa tuduhan setelah tamat hukuman selama enam bulan.
Untuk rekod, terdapat sekitar 4,850 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 40 wanita, 225 kanak-kanak, dan 40 tahanan pentadbiran, menurut institusi yang berkaitan dengan urusan tahanan.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
_________________________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia