Covid19KemanusiaanSemasaSyria

Enam delegasi MAPIM Malaysia berlepas ke Syria teruskan misi!

Permintaan Yayasan Wakaf Turki, TDV

SEPANG: 10 Nov – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, menggandakan usaha besar-besaran dalam kerja-kerja membantu ummah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby al Kahery, dalam sejarah penubuhan MAPIM, cabaran tertinggi dihadapi beliau kali ini kerana dalam pada memberi bantuan di dalam negeri, MAPIM juga akan melunaskan tanggungjawab penyumbang di luar negara dalam keadaan Covid-19 melanda dunia.
Tambah beliau, MAPIM yang berlepas ke Turki kali ini adalah memenuhi permintaan daripada agensi wakaf Turki, Yayasan Turki Diyanet, TDV.
“Pihak MAPIM diminta oleh Agensi Wakaf Kerajaan Turki juga untuk turun menguruskan bantuan 30 kontena yang terbengkalai di gudang sejak isu PKP yang dilaksanakan dalam negara April lalu. Semua bantuan ini akan digerakkan semula beserta dengan fasiliti kemudahan terdesak lain khususnya melibatkan hal perubatan dan bantuan kecemasan. Kontena ini merangkumi 20,000 selimut musim sejuk, makanan, ubat-ubatan, alat pemanas, ambulans wakaf dan juga baju sejuk.’’
Gerak kerja misi musim sejuk Syria, ini akan menyerahkan barangan serta keperluan bernilai RM12juta ringgit sumbangan daripada rakyat Malaysia.
(Dr.) Sani selaku Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia mengetuai delegasi berlepas ke Turki malam tadi bersama lima orang lagi ahli misi.
Turut serta dalam misi itu ialah Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Zul Hanis Zainol.
Dalam pada MAPIM meneruskan kerjasama yang terkandas di Turki, gerak kerja misi kemanusiaan dalam negara juga telah disusun.
“Kita tidak punya pilihan selain dari menyampaikan apa sahaja bantuan mengikut perancangan semasa ke semasa untuk mereka yang terkesan dalam negara mahu pun di luar negara. MAPIM Malaysia menggandakan usaha besar-besaran pertama seadanya dalam sejarah penubuhannya dengan mensasarkan bantuan khas ke Sabah dan negeri-negeri Semenanjung dalam masa terdekat.’’
Kata beliau, sebanyak 20,000 kotak makanan menerusi sumbangan orang ramai sedang disusun juga penghantaran beberapa aset fasiliti yang dimiliki seperti Double-Decker Mobile Clinic, Ambulans Wakaf, Baju PPE, serta aset lain khususnya untuk meringankan beban dalam hal mengurus perubatan dan juga bantuan terdesak lain.
Beliau turut menegaskan bahawa MAPIM Malaysia bergerak dengan kerjasama agensi-agensi kerajan Malaysia setiap hari untuk menghantar bantuan secara berterusan khusus untuk meringankan beban mereka yang terkesan dan terjejas akibat pandemik mahupun bencana banjir baru-baru ini.
“ Setakat ini kita sudah menghantar 15 kontena bantuan yang membawa lebih dari 40,000 kotak makanan. Manakala kita sudah membaiki dan membina semula 15 buah rumah asnaf di utara tanah air sambil tugasan Klinik bergerak dijalankan mengikut keperluan.’’
Manakala di Turki nanti, MAPIM Malaysia menerusi kerjasama rasmi dengan agensi wakaf TDV, bakal merasmikan sebuah bandar wakaf seluas 56 ekar yang bakal dihuni oleh 1,000 keluarga pelarian yang kehilangan rumah akibat perang sejak tujuh tahun lalu.
Katanya, Misi Kemanusiaan Syria kali ini adalah misi yang penuh dengan cabaran dan perlukan disiplin yang begitu tinggi kerana semua delegasi perlu mengikuti SOP ketat yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Turki.
Pemergian beliau bersama ahli misi ini adalah mereka yang berpengalaman dalam melaksanakan misi-misi dalam dan luar negara sebelum ini.
Malah mereka juga ahli bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Semua delegasi juga telah disahkan bebas Covid-19 menerusi ujian swab, yang diwajibkan kepada semua ahli misi.
Delegasi seramai enam orang ini akan berada di Turki selama tiga bulan dan akan menjalani sesi kuarantin 14 hari setelah sampai ke tanah air nanti.
Selain penghantaran kontena, (Dr.) Sani sebagai pengasas dan penasihat untuk agensi wakaf kerajaan Turki juga akan membantu perkembangan bandar “Malaysia Wakaf City for Syrian Refugees” di Syria yang kini tahap pembinaannya di fasa pertama melibatkan pembinaan 1,000 rumah beserta klinik, empat sekolah, masjid dan juga Malaysia Central Kitchen.
Menurut beliau, secara peribadinya, ini kali pertama MAPIM Malaysia melaksanakan pelbagai misi dalam dan luar negara secara serentak dan berkeperluan tinggi.
“Sudah pasti ujian dan cabarannya berganda namun menerusi teknologi hari ini kita membuat pertemuan dalam talian mengikut keperluan dan turun padang kepada segmen bantuan yang benar-benar diperlukan kita di lapangan. ‘’
Mengakhiri sidang medianya, (Dr.) Sani berkata, membawa nama baik negara, MAPIM Malaysia optimis dengan sokongan berterusan dan padu daripada penyumbang budiman kami dari seluruh pelusuk negara untuk menjayakan semua hajat besar untuk bantu Ummah ini, Inilah masanya kita bersatu dalam ujian besar dan kita lakukan terbaik untuk Ummah.
*365HariAkuUntukUmmah
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button