DomestikKesihatanSemasa

Elak keracunan makanan ketika Aidilfitri

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Apabila menjelangnya hari raya, sudah tentu terdapat pelbagai juadah yang disediakan. Tidak kira biskut raya sehinggalah makanan berat yang terhidang di atas meja.

Penyediaan makanan perlulah disediakan dengan betul dan selamat bagi mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan keracunan makanan?

Merujuk kepada portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, keracunan makanan merupakan penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Keracunan ini juga boleh berpunca daripada bakteria, kulat dan sebagainya yang terdapat dalam pada makanan.

Jadi bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan, penyediaan makanan perlulah dilakukan dengan betul.

Justeru itu, ada beberapa tips yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan.

  1. Sentiasa menjaga kebersihan apabila mengendalikan makanan seperti membasuh tangan dengan bersih dan makanan perlulah dimasak dengan betul serta memastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan makhluk perosak.
    Kerap cuci tangan sebelum menyentuh makanan.
  2. Makanan mentah perlulah dimasak dengan sempurna seperti daging, ayam, telur dan makanan laut.
  3. Menyimpan makanan di dalam suhu yang betul seperti tidak tinggalkan makanan pada suhu bilik melebihi 4 jam. Simpan makanan yang mudah basi didalam peti sejuk/ peti sejuk beku.
  4. Sentiasa menggunakan air dan bahan mentah yang bersih seperti minum air yang telah dimasak, cuci bersih buah-buahan dan sayuran dengan sempurna.
    Menggunakan air yang bersih untuk mencuci sayur dan buah-buahan.
  5. Makanan perlu ditutup rapi supaya tidak terdedah kepada lalat, lipas dan tikus.

Dalam pada itu, jadikan tips ini sebagai amalan dalam mengendalikan makanan agar makanan yang terhidang sentiasa bersih dan dimasak dengan sempurna.

Dengan berbuat demikian, dapat mengelakkan diri kita daripada terkena keracunan makanan.

Perayaan merupakan hari yang sangat bermakna oleh setiap ahli keluarga kerana dapat berkumpul bersama-sama, oleh itu setiap masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan kebersihan makanan yang baik bagi memastikan percutian dan perayaan bersama orang tersayang dapat dinikmati dengan sempurna.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button