Semasa

Eksesais Para Predator pertingkat tahap kesiagaan pasukan Elit

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA  LUMPUR : Pasukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) 10 Briged (Para) melaksanakan Eksesais Para Predator bagi mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi pasukan berkenaan.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, 10 Briged (Para) adalah pasukan elit dalam Tentera Darat Malaysia, iaitu Briged Payung Terjun dengan tahap kesiagaan yang tinggi.

“Briged ini adalah komponen utama Tentera Darat yang turut dikenali sebagai Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dan juga elemen tempur yang akan memberikan tindak balas pantas terhadap sebarang kemungkinan ancaman, serta mampu untuk memberikan opsyen ketenteraan kepada negara di dalam menghadapi sebarang kontingensi di dalam atau luar negara untuk melindungi kepentingan dan kedaulatannya.

“Eksesais Para Predator ini adalah salah satu eksesais yang dilaksanakan oleh Tentera Darat melalui 10 Briged (Para), yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.

“Tujuan Eksesais Para Predator ini adalah mempertingkatkan tahap kesiagaan dan kompetensi setiap Leading Para Battle Ground (LPBG) di dalam atur gerak briged ini untuk melaksanakan operasi di barisan belakang musuh,” katanya.

Menurutnya, eksesais ini juga dirangka bagi menilai tahap kepimpinan setiap lapisan pemerintahan, tahap kompetensi atau keupayaan setiap pasukan tempur di dalam briged ini, serta menguji ketahanan fizikal dan mental anggota briged ini untuk berhadapan dengan tekanan realisme yang tinggi sebagaimana situasi sebenar ketika perang dan krisis.

“Pendekatan eksesais ini terarah kepada tiga objektif utama iaitu bagi memberikan pendedahan keadaan ancaman sebenar melalui latihan bagi memberikan gambaran kesiagaan dan keupayaan sebenar atur gerak.

“Selain itu, eksasais juga bagi mendidik mahupun berkongsi pengetahuan serta menerapkan kesedaran umum mengenai peranan Tentera Darat dalam aspek keselamatan,” katanya.

Katanya, eksesais ini akan mensimulasikan gerakan kemaraan anggota 10 Briged PARA dengan disokong oleh pelbagai jenis aset tempur termasuk aset kenderaan tempur dari Kor Armor Diraja dan juga jambatan tempur dari Rejimen Askar Jurutera Diraja.

“Keanggotaan yang terbabit dalam eksesais ini adalah kira-kira 2,000 orang yang terdiri daripada pelbagai elemen daripada Markas 10 Briged (Para), Kompeni Infantri Mekanis, Pasukan Udara Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia, elemen tempur, bantuan tempur dan bantuan khidmat tempur 10 Briged Para,” katanya.

Sumber asal Harian Metro

 

Related Articles

Back to top button