TEHRAN: Ulama ultra-konservatif Iran, Ebrahim Raisi disahkan memenangi pilihan raya presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.
Presiden Iran, Hassan Rouhani, semalam berkata penggantinya dipilih melalui proses yang terbuka, namun ramai yang sudah menjangkakan kemenangan Raisi, malah tiga lagi calon sudah mengakui kekalahan mereka.
Dua calon konservatif lain, iaitu Mohsen Rezai dan Amirhossein Ghazizadeh Hashemi selain satu-satunya calon reformis aitu bekas gabenor bank pusat, Abdolnasser Hemmati, turut mengucapkan tahniah kepada Raisi.
“Saya ucap tahniah kepada pengundi yang membuat pilihan,” – panyandang jawatan Presiden, Hassan Rouhani, yang menamatkan dua penggal, masing-masing selama empat tahun, Ogos ini.
Ketua badan kehakiman Iran itu juga dilihat amat rapat dengan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, 81, yang dilihat sebagai kuasa politik terunggul di Iran. – AFP