Ebit Liew, antara tontonan trending paling tinggi di YouTube
KUALA LUMPUR : Ebit Lew mengungguli, kategori pencipta kandungan baharu, video penyampaian bantuan tertinggi ditonton di YouTube bagi pasaran Malaysia.
Kategori kandungan baharu juga menampilkan – Isa Isarb menarik perhatian menerusi rancangan realiti manakala Sugu Pavithra dengan sajian masakan.
Majlis pernikahan pelakon popular, Mira Filzah dan Wan Emir yang disiarkan eksklusif oleh TV3 adalah antara kandungan mencatatkan tontonan paling tinggi di YouTube tahun ini.
Google Malaysia dalam satu kenyataan berkata, secara keseluruhan, 10 video YouTube paling popular di Malaysia pada 2020 ditonton lebih daripada 363 juta kali, dengan jumlah pengikut secara keseluruhan mencecah 19 juta orang.
Ia berkata, kandungan yang tersohor kini atau ‘trending’ di Youtube kebanyakannya mencerminkan keperluan masyarakat yang unik dan tersendiri untuk menyesuaikan diri dengan cabaran tidak dijangka sepanjang 2020.
“Hiburan sememangnya sebahagian besar tontonan YouTube tempatan dan pada tahun ini, ia terbukti lebih penting daripada sebelumya,” katanya.
Ia berkata, rancangan realiti turut dinikmati ramai, sama ada oleh bakat tempatan Bros Gang TV ataupun bakat antarabangsa Knowingbros.
“Selain hiburan, acara dunia sebenar turut meraih tempat dalam senarai video paling sohor kini.
“Dari detik indah seperti majlis akad nikah pelakon Mira Filzah dan Wan Emir yang disiar secara langsung di YouTube, hinggalah ke laporan yang membuka mata berkenaan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia,” – Google Malaysia.
Dari segi muzik, bakat tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan Azarra Band berkongsi pentas bersama sensasi K-pop seperti BlackPink dan BTS.- Google