Sukan

Dustin Poirier kalahkan McGregor di pusingan kedua

Pencabar utama gelaran ``lightweight''

ABU DHABI : Turun sebagai pilihan untuk menang, Conor McGregor bagaimanapun tumpas kepada Dustin Poirier di pusingan kedua pertarungan lightweight UFC di Abu Dhabi pada Sabtu (23 Jan) sekaligus berjaya membalas dendam ke atas bintang Ireland itu.

Jaguh Amerika Syarikat (AS), Poirier ‘mengunci’ McGregor dengan tangan kiri dan menghumbannya ke kanvas sebelum pengadil Herb Dean menghentikan saingan dengan kiraan 2 minit 32 saat.

McGregor yang kerap mencetus kontroversi dan terkenal dengan panggilan Notorious kembali ke oktagon buat kali pertama dalam tempoh setahun.

Poirier yang menduduki ranking kedua kini mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama gelaran lightweight.

“Saya fikir ia pertarungan kecil, saya kini adalah Juara. Saya akan kembali dan membersihkan segalanya. Itu yang akan saya lakukan,” – Dustin Poirier

Ikrar dilafaz Poirier selepas tamat pertarungan manakala McGregor tekad akan membalas dendam.

“Saya kecewa, terkejut. Kekalahan ini sukar ditelan. Saya akan pulang ke hotel dan menceriakan hati ini dengan keluarga,” kata McGreror. – AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button