DomestikSemasa

Dua rumah terbakar, kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih 

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengetahui punca kejadian letupan dan kebakaran melibatkan dua rumah musnah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, awal pagi tadi.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata siasatan kemusnahan dua rumah semi D itu dipercayai bukan berpunca daripada kebakaran melibatkan dari pelbagai sudut.

Beliau  menyatakan kemungkinan letupan itu dipercayai berpunca daripada beberapa bahan termasuk bunga api dan mercun.

“Kita akan menyiasat keseluruhan kejadian supaya kita dapat pengesahan punca berlaku letupan. Jika dilihat pada dasarnya kejadian ini, bahan yang berlaku letupan kemungkinan daripada dapur masak gas atau bahan lain yang masih dalam siasatan.

“Berdasarkan tinjauan, saya lihat ada silinder gas dan bunga api. Tapi kita juga tidak tahu apa sebenarnya bahan yang menyebabkan letupan.

“Kalau betul letupan itu berpunca daripada bunga api atau mercun, kita perlu tahu berapa banyak jumlah mercun sehingga menyebabkan kejadian letupan teruk dan memusnahkan rumah,” katanya.

Dalam kejadian 2 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun meninggal dunia manakala lima cedera dan tiga selamat.

Menurut kenyataan media JBPM, kebakaran itu turut menjejaskan tiga buah kenderaan dan dua buah motosikal, 1 kereta dan 1 motosikal hangus terbakar dan yang lain mengalami kerosakan teruk.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button