SHAH ALAM: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi satu kenyataan melaporkan 2 daerah di Perak dan satu daerah di Selangor masih terjejas akibat banjir setakat jam 4 petang Rabu.
Seramai 402 mangsa daripada 116 ketua isi rumah (KIR) direkodkan berada di 4 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.
Jumlah ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pada Selasa di mana hujan lebat berterusan petang semalam telah mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan di daerah Sepang, Hulu Selangor dan Ampang Jaya.
Menurut NADMA lagi, 2 PPS dibuka di daerah Sepang bagi menempatkan 90 mangsa daripada 24 KIR.
Banjir di Kampong Sumpitan, Perak.
Kredit: Nasyrah Amalina pic.twitter.com/m8WcaxvHT3
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencanamalaysia) November 30, 2022
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan sehingga jam 4.30 petang Rabu, satu sungai merekodkan bacaan pada tahap bahaya iaitu Sungai Junjung di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Menurut JPS, terdapat dua sungai di mana bacaan air berada di tahap amaran iaitu Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama, Hulu Langat, Selangor dan Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor, Selangor.
Banjir makin buruk di beberapa kawasan di Hilir Perak apabila dinaiki air mencecah 0.5 meter.
Perkongsian gambar malam tadi.
Kredit: Balai Bomba Teluk Intan pic.twitter.com/oXo1S26Rk0
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencanamalaysia) November 30, 2022
JPS turut mengeluarkan amaran banjir bagi negeri Terengganu dan Kelantan pada jam 3 petang Rabu melibatkan lembangan Sungai Setiu, Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Paka, Sungai Besut dan Sungai Golok.
Banjir yang diramalkan ini boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.
Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir terlibat.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pula melaporkan, pada jam 3.30 petang telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 1 hingga 7 Disember.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan di Johor, Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.#JPS#JabatanPenerangan pic.twitter.com/3hnPf1p4tx
— Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾 (@JPenerangan) November 30, 2022
Berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung hingga 5 Disember dan berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di kawasan terbabit.
Pada masa sama satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di perairan Laut China Selatan pada 2 Disember dan diramal bergerak ke barat merentasi sempadan Malaysia-Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember.
Sehubungan itu, MetMalaysia telah keluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung dalam tempoh 1 hingga 4 Disember.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038