Dua minggu selepas bencana, mangsa banjir masih buntu
Hulu Langat : Memasuki tahun baru 2022, bermakna sudah dua minggu sejak kejadian banjir besar melanda Taman Sri Nanding. Hampir 1000 rumah penduduk di situ ditenggelami air hingga ke bumbung.
Sehingga hari ini, penduduk masih bertungkus-lumus mengemaskan rumah dan ada yang trauma dengan kejadian banjir tersebut. Ada juga antara mereka yang masih tidak pasti dengan masa hadapan mereka.
UmmahToday sempat menemubual salah seorang mangsa, Nor Azri bin Nor Azmi 40. Menurut Nor Azri, “Saya sudah tidak tinggal di sini, tetapi emak ayah saya yang tinggal di sini. Jadi hampir dua minggu saya siang malam bersama ahli keluarga lain membersihkan rumah ayah.”
Tambah Nor Azri, ini adalah kali pertama Taman Seri Nanding dilanda banjir, dan pada kali pertama itulah banjir mencecah sampai ke bumbung. Oleh kerana ia kali pertama, Nor Azri memberitahu, keluarganya tidak mensyaki apa-apa dan menganggap hanya banjir kilat yang mungkin sampai setakat buku lali.
Sehinggalah air semakin naik dan seterusnya sampai ke bumbung rumah. Menceritakan detik cemas itu, ayahnya yang sudah tidak mampu berjalan kerana kemalangan, terpaksa duduk di atas bumbung nasi lemak di hadapan rumah.
Manakala adiknya yang cuba menyelamatkan ayah mereka pula terpaksa berdiri di atas kereta selama beberapa jam kerana tidak sempat ke sana.
Ayah dan adiknya berada di dalam banjir dari pukul 10 malam dan pada pukul 9 pagi baru ada bot menyelamatkan mereka dan membawa ke bumbung surau di taman sebelah.
“Semua apa yang emak ayah saya kumpulkan selama 30 tahun ini, habis,” kata Nor Azri.
Penduduk mengharapkan akan ada bantuan yang lebih lagi daripada pihak kerajaan kerana kemusnahan kali ini menyebabkan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.
Semoga tahun 2022 ini memberikan mereka kekuatan untuk bangkit kembali.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038