DuniaSemasa

Dua maut dalam kejadian gempa bumi di Fukushima

TOKYO : Gempa bumi kuat yang menggegarkan sebahagian besar kawasan di timur Jepun semalam telah mengorbankan dua orang manakala puluhan lagi cedera.

Mangsa yang maut adalah seorang dari wilayah Fukushima dan seorang lagi dari Miyagi termasuk lebih 90 orang cedera di beberapa wilayah, demikian menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana.

“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 60 kilometer dari pantai Fukushima yang didahului beberapa minit sebelum itu oleh satu lagi gegaran kuat 6.1 pada skala Richter di kawasan yang sama,’’ kata Agensi Meteorologi Jepun.

Jumlah kerosakan yang berlaku masih sedang dinilai oleh penduduk dan pegawai-pegawai di timur laut negara itu selepas gempa bumi berkuruan 7.4 pada skala Ritcher melamda sebelum tengah malam semalam.

Amaran tsunami dengan gelombang sehingga satu meter dikeluarkan awal pagi ini selepas pihak berkuasa merekodkan paras air sehingga 30 sentimeter lebih tinggi daripada biasa di beberapa kawasan.

Dalam pada itu, wilayah Fukushima dan Miyagi terus merasai gegaran kecil sepanjang semalam hingga awal pagi ini.
Laporan awal kerosakan adalah agak kecil. Menurut pegawai, situasi juga masih normal di loji-loji nuklear.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menilai tahap kerosakan.

“Beberapa hari selepas gempa pertama, gegaran susulan besar sering berlaku dan saya nasihatkan anda jauhi mana-mana banginan runtuh dan tempat yang berisiko tinggi,’’ kata jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno kepada pemberita.

Gempa itu turut menggegarkan Tokyo termasuk kawasan-kawasan lain yang terputus bekalan elektrik. Kira-kira dua juta rumah kehilangan bekalan elektrik di Tokyo dan beberapa tempat lain sebelum dipulihkan secara berperingkat semalam.

Kira-kira 35,600 rumah di kawasan Miyagi dan Fukushima masih terputus bekalan elektrik pada pagi ini, kata firma elektrik TEPCO.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button