DuniaSemasa

Dua maut, 18 cedera dalam konflik Syria di Jarablus

Kira-kira dua maut dan 18 cedera dalam dua letupan didakwa didalangi puak penentang disokong Turki di sekitar bandar Jarablus utara Syria, semalam.

Dilaporkan letupan berlaku  dipercayai ekoran sebuah motosikal melanggar bahan letupan.

Menurut Pertahanan Awam Syria, kejadian tersebut turut mencederakan empat kanak-kanak dan dua wanita.

Terdahulu, konflik Syria tercetus sejak Mac 2011 hingga mengorbankan ratusan ribu serta seramai 23 juta penduduk menderita hilang tempat tinggal.

Konflik ini juga mengundang lima juta penduduk menjadi pelarian ke negara lain.

Minggu lalu, Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet mendedahkan, lebih 350,000 korban direkodkan termasuk orang awam dan pejuang dalam perang saudara di Syria.

Namun, dakwanya, jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

Sumber asal Astro Awani

Disunting oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button