JENIN: Pasukan pendudukan israel membunuh dua lagi rakyat Palestin, mencederakan tiga yang lain dan merobohkan dua rumah di bandar Kufr Dan utara Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan serta sumber tempatan.
Kementerian Kesihatan berkata, tentera israel membunuh Mohammad Samer Houshieh, 22, selepas menembaknya di dada, dan Fouad Mahmoud Abed, 25, selepas ditembak di perut serta paha. Tiga lagi cedera,dan seorang daripadanya dilaporkan dalam keadaan yang kritikal.
lsraeli occupation forces kill two Palestinians and injure 6 others in Kafr Dan village, west of Jenin. pic.twitter.com/DSf0CUu8aa
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 2, 2023
Pasukan besar menyerbu bandar Kufur Dan, barat Jenin, untuk merobohkan rumah Ahmad Ayman Abed dan Abdul Rahman Hani Abed, yang terbunuh semasa serangan pada 14 September tahun lalu di pusat pemeriksaan tentera Jalama.
Family of Fou’ad al-Abed bids farewell to her son, who was fatally shot by the lsraeli occupation forces during a military raid west of Jenin last night. pic.twitter.com/xENjHHi50s
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 2, 2023
Pertempuran berlaku bersama askar yang melepaskan tembakan langsung ke arah rakyat Palestin serta membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain sebelum meletupkan tiga pangsapuri milik keluarga terdekat yang menyebabkan 13 orang kehilangan tempat tinggal.
Media coverage: "Palestinians take part in the funeral procession of martyrs Fo'ad Abed, who was shot dead by Israeli occupation forces last night while resisting an Israeli military raid on his hometown of Kafr Dan, north of the occupied West Bank". pic.twitter.com/53NlVaVHq2
— Quds News Network (@QudsNen) January 2, 2023
Tahun lalu, tentera israel telah membunuh 224 rakyat Palestin di wilayah yang diduduki, 52 daripadanya berada di Semenanjung Gaza.
BACA JUGA
Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini