NABLUS: Dua pemuda Palestin telah terbunuh akibat tembakan israel semasa serbuan tentera ke bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan.
Ahmad Jibril, ketua Jabatan Kecemasan dan Ambulans Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, berkata 2 pemuda Palestin cedera parah dan di bawa ke hospital Rafidia, kemudian mereka disahkan meninggal dunia.
Dua warga Palestin yang terbunuh itu dikenali sebagai Mohammad Junaidi Abu Bakr dan Mohammad Nasser Said al-Hallaq.
Menurutnya, tentera zionis israel menyerang Nablus dengan bom gas beracun.
Serangan israel ke atas bandar itu mengakibatkan 55 rakyat Palestin sesak nafas akibat terhidu bom gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah orang awam, manakala seorang lelaki cedera di kakinya selepas dia diserang oleh anjing polis.
With lsrael murdering two Palestinians in Nablus this morning, the number of the Palestinians killed by the lsraeli occupation forces raises to 95 since the start of this year. pic.twitter.com/ef20plq8jG
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 3, 2023
Beliau berkata, 5 buah keluarga turut dihalau keluar daripada rumah mereka manakala sebuah ambulans Bulan Sabit Merah diserang secara langsung dengan bom tangan gas oleh tentera zionis.
Malah, tentera israel menahan 2 rakyat Palestin dan menyerbu beberapa kawasan di bandar itu.
Dengan pembunuhan dua rakyat Palestin itu, jumlah rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera israel telah meningkat kepada 95, termasuk 17 kanak-kanak dan seorang wanita.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia