Covid19Semasa

Dua kes varian Omicron dikesan di Johor

JOHOR BAHRU : Dua kes varian Omicron dikesan di Johor melibatkan jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata kes-kes tersebut membabitkan pasangan suami isteri yang berangkat menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan Kembali ke Malaysia pada 16 Disember lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, ujian saringan reaksi rantai polimerase (PCR) di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Disember lalu dan dikesan positif pada 18 Disember lalu.

“Kini kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah di Johor Bahru, arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah telah diberikan kepada kesemua kontak rapat yang sudah dikenal pasti.

“Proses jujukan genom dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron menerusi sampel PCR yang dihantar ke Institute of Medical Research (IMR).

“Susulan perkembangan terbaru ini, rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah dinasihatkan untuk mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, rakyat Johor harus tetap berwaspada dengan mengamalkan kawalan kesihatan kendiri walaupun sebahagian mereka sudah menerima vaksin.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button