PalestinSemasa

Dua beradik antara 5 rakyat Palestin yang terkorban di Tebing barat

Ini adalah "execution in cold blood!" tegas Hussein Al-Sheikh

TEBING BARAT: Lima rakyat Palestin, termasuk dua beradik, telah terbunuh akibat tembakan israel semasa insiden berasingan di Tebing Barat yang diduduki.

Dua beradik yang terbunuh pada Selasa telah dikenal pasti oleh agensi berita WAFA Palestin sebagai Jawad dan Dhafr Rimawi, berusia 22 dan 21 tahun. Wafa melaporkan bahawa mereka telah terbunuh ditembak israel semasa konfrontasi dengan tentera berhampiran perkampungan Kafr Ein, barat Ramallah.

Beratus-ratus hadir ke perarakan pengebumian sebelum jenazah mereka dibawa untuk dikebumikan. Di Ramallah, orang ramai mengadakan bantahan umum untuk menunjukkan solidariti dengan mangsa terbaru, lapor Bernard Smith dari Al Jazeera.

Menteri Hal Ehwal Sivil Pihak Berkuasa Palestin, Hussein Al-Sheikh menyifatkan pembunuhan dua beradik itu sebagai “execution in cold blood”.

Secara berasingan, seorang pemuda Palestin yang dinamakan oleh kementerian kesihatan Palestin sebagai Mufid Khalil telah dibunuh oleh tentera israel semasa serbuan tentera berhampiran Hebron.

Khalil ditembak di kepala dan sekurang-kurangnya lapan yang lain cedera, menurut kementerian berkenaan.

Seorang lagi rakyat Palestin iaitu korban ke-4 dilaporkan turut maut selepas ditembak di dada oleh tentera israel pada petang Selasa semasa konfrontasi di utara Ramallah, kata kementerian kesihatan.

Wafa menamakan lelaki yang dibunuh berhampiran Ramallah itu sebagai Raed Ghazi Al-Naasan.

BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button