IDLIB : Dua bayi perempuan Syria maut akibat cuaca musim sejuk yang melampau di barat laut Syria di mana salji dan hujan telah memusnahkan khemah ratusan keluarga yang dipindahkan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh hari dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua bulan telah meninggal dunia akibat kesejukan di wilayah Idlib,” kata agensi kemanusiaan PBB OCHA kepada AFP.
Menurut wartawan AFP di utara Idlib, kedua-dua kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada Selasa.
Mereka dibawa ke hospital Al-Rahman di perkampungan Idlib di Haranbush yang telah menerima kemasukan pesakit kanak-kanak sejak beberapa hari kebelakangan ini dalam keadaan suhu di bawah sifar, kata wartawan itu.
Kematian akibat kesejukan adalah kejadian tahunan di enklaf pemberontak di Syria yang menurut PBB adalah ‘rumah’ kepada 2.8 juta orang yang kehilangan tempat tinggal.
Dana penderma yang semakin berkurangan telah menyebabkan kekurangan bekalan ubat-ubatan dan peralatan yang usang di hospital dan klinik di rantau ini, yang kebanyakannya kini berisiko untuk ditutup.
“Kanak-kanak berisiko selsema. Mereka tinggal di khemah usang dan kekurangan pakaian musim sejuk serta bahan api,” kata jurucakap OCHA Patrick Nicholson.
“Masalah semakin teruk disebabkan oleh krisis ekonomi, kekurangan sumber untuk menyediakan bantuan musim sejuk dan peningkatan keperluan.”
Menurut OCHA, cuaca buruk pada Januari telah memusnahkan sekurang-kurangnya 935 khemah dan merosakkan lebih 9,000 yang lain di beberapa tapak perpindahan di utara Syria.
Kaedah pemanasan yang tidak selamat, termasuk pemanas asas terdedah, sering mencetuskan kebakaran yang boleh membawa maut.
Sejak awal tahun, 68 kebakaran dilaporkan, yang mengakibatkan 24 kecederaan dan dua kematian di utara Syria sahaja, menurut OCHA.
-AGENSI
*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.
*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987