Inspirasi

(Dr.) Sani Araby Al-Kahery terima Anugerah Selendang Kehormat PSSLM

BATU CAVES: Hari yang penuh bersejarah bagi mengenang jasa dan pengorbanan salah seorang insan yang telah memperjuang serta mengangkat Seni Silat ke Persada Dunia melalui Pengiktirafan UNESCO kepada Seni Silat Di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, telah menerima Anugerah Selendang Kehormat dalam Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) ke-36 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tuan Haji Mesran Mohd Yusop, Ketua Pengarah JKKN turut menghadiri dan menerima pengiktirafan Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM.

Perhimpunan tersebut diadakan bagi menyampaikan ijazah kepada Jurulatih-Jurulatih Kanan PSSLM dari seluruh negara dengan penglinatan seramai 3,000 Anak-Anak Lincah.

Penganugerahan ini merupakan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kerja-kerja kemanusiaan pihak MAPIM selama ini baik dalam mahupun luar negara.

“Alhamdulillah, terima kasih atas penganugerahan ini, in sha Allah diharapkan agar segala hubungan dan kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dan mendapat keredaan Allah S.W.T.,” katanya.

Sementara itu, PSSLM pernah dan sentiasa bekerjasama dengan MAPIM dalam kerja-kerja menyantuni ummah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberitahu bahawa pihaknya telah  bersetuju untuk meneruskan pembangunan Kompleks Silat Negara di Kuala Lumpur yang tertangguh sejak 2018.

Berita baik ini sudah pasti mampu menaikkan martabat seni warisan bangsa terutama di kalangan generasi muda mesti dilakukan secara berterusan supaya budaya bangsa itu tidak pupus ditelan zaman.

Turut hadir sama ialah YB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia Dan Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Selaku Mahaguru Muda bersama-sama ribuan guru silat yang gah di Malaysia.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button