Dr Mohd Na’im ke Arab Saudi untuk lawatan kerja dan tunai Haji
SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini berangkat ke Arab Saudi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan Haji.
Beliau memilih untuk melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Pusat Konvensyen Movenpick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama-sama 283 jemaah Haji lain, sebelum menaiki bas bersama jemaah berkenaan untuk ke lapangan terbang.
“Saya sendiri nak merasa, Tabung Haji ada sebut nak bawa saya terus ke KLIA, (tapi) saya rasa saya nak lalui sama macam jemaah haji yang lain”, katanya kepada media di Kompleks Haji Sepang sebelum menuju ke KLIA.
Ketika di Arab Saudi, Dr Mohd Na’im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah.
“Saya harap ada hasil-hasil yang baik daripada perjumpaan tersebut”, katanya tanpa menyatakan butiran perbincangan dengan Dr Tawfiq Fauzan.
Dalam pada itu, Dr Mohd Na’im berkata setakat semalam, seramai 64 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital Tabung Haji (TH) dan hospital Arab Saudi, antaranya akibat jangkitan paru-paru susulan keadaan cuaca yang panas.
Beliau berkata TH telah mengambil inisiatif melaksanakan program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui Ziarah Rahmah, yang mana kesihatan jemaah haji diperiksa di bilik penginapan di Madinah dan Makkah.
Hampir 90% penerbangan charter haji telah berlepas ke Tanah Suci dengan seramai 29,212 jemaah Haji telah pun berada di Arab Saudi.
Penerbangan terakhir bagi fasa pertama membawa jemaah ke Tanah Suci akan berakhir pada Rabu ini, manakala penerbangan pertama pulang dari Tanah Suci adalah pada 6 Julai sehingga 2 Ogos depan.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak Haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.
Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.
Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia