Covid19KesihatanSemasa

Dr Fatihah sedar dari koma

Suami pinta rakyat Malaysia terus doa kesembuhan isteri

KUALA LUMPUR :  [KEMASKINI] Dr Fatihah dimaklumkan sudah mula memberikan reaksi pada hari ini, kata suaminya Ahmad Nazri yang juga merupakan pegawai perubatan.

Doktor yang kini merawat isterinya memaklumkan bahawa keadaan isteri semakin stabil dan sudah sedar dari koma, bagaimanpun, bantuan pernafasan masih diperlukan, namun, dos oksigen dan sedatif mula dikurangkan.

Menurut suami Dr Fatihah, Ahmad Nazri Jantan, 39, bayinya yang baru sahaja dilahirkan semalam juga kelihatan stabil dan ada peningkatan dari semasa ke semasa.

Bayi yang berusia seawal tujuh bulan itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sungai Buloh.

Nazri berkata, bukan mudah baginya lima beranak untuk menghadapi ujian berat tanpa sokongan keluarga, rakan dan seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai suami dan bapa, baginya doa dari orang ramai lebih menenangkan hatinya dan seluruh ahli keluarga yang kini berhadapan dengan ujian yang sangat berat.

“Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri dan anak-anak saya,” – suami,  Dr Fatihah Shahrudin

Dr Fatihah Shahrudin, 29, atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Tehah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh akibat dijangkiti Covid-19 dan selamat melahirkan bayi mereka, malam kelmarin.

Tambah suami, jika keadaan isterinya bertambah baik, besar harapan beliau dan ahli keluarga agar alat bantuan pernafasan dapat ditanggalkan segera.

“Doktor cakap macam itulah, kalau isteri tak ada apa komplikasi, dia akan buka alat itu. Memang doktor maklumkan keadaan isteri kepada saya dari semasa ke semasa,” – suami, Dr Fatihah Shahrudin

Sementara itu, tempoh kuarantin suami dan anak lelaki berusia tiga tahun, serta,  anak perempuan berumur dua tahun bakal tamat pada 11 Jun ini selepas mereka dikesan positif Covid-19, 1 Jun lalu.

Pada 30 Mei lalu, Dr Fatihah dimasukkan ke Hospital Kajang selepas dimaklumkan dijangkiti kuman pada paru-parunya sebelum disahkan positif COVID-19 sehari selepas itu.

Merujuk ulasan bapa saudara Dr Fatihah, Mohd Ali Mohd Derus, 48, Dr Tehah dijangkiti COVID-19 meskipun hospital itu tidak mengendalikan kes tersebut.

Pada 3 Jun (Khamis), beliau dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Mohon semua untuk doakan Dr Fatihah dan keluarganya. Terima kasih kepada semua doktor dan petugas barisan hadapan yang terus gagah menyempurnakan tugas merawat pesakit Covid-19,” – Mohd Ali Mohd Derus/ bapa saudara Dr Fatihah

Mohd Ali turut memanjatkan doa buat seluruh keluarga anak buahnya itu dan berharap agar wabak ini kembali reda. – HMetro

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button