Double Decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM Kembali di PPR Batu Muda untuk Tahun Kedua
Kuala Lumpur – Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kembali hadir buat tahun kedua di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. Kehadiran klinik bergerak ini disambut baik oleh penduduk setempat yang memanfaatkan perkhidmatan rawatan percuma yang disediakan.
Antara pesakit yang mendapat perhatian ialah tiga kanak-kanak comel, kembar berusia 7 tahun – Ayra Aydina, Adra Areesya, dan Azra Asyfa – yang menerima rawatan bagi demam panas. Mereka hadir bersama ibu bapa mereka, Mastura binti Zahari dan Teddi Hadianto, serta abang mereka, Amirul al-Hadi, 14 tahun. Keluarga ini menyatakan kepuasan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Mobile Clinic MAIWP-MAPIM.
Selain itu, Nor Aizah, seorang pesakit yang mengalami masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, turut mendapatkan rawatan segera daripada Dr. Siti Hajar binti Abdul Aziz. Menurut Nor Aizah, beliau merasa lega dengan rawatan yang diterima.
Selvanairgee a/p K. Letchumanan pula hadir untuk pemeriksaan perubatan penyakit tiga serangkai. Pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr. Kamarudin bin Isa mendapati tiada masalah kesihatan yang serius.
Haji Nurul Aini bin Haji Sidek, pengerusi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan tersebut, turut meluahkan rasa terima kasihnya atas rawatan percuma yang disediakan oleh Mobile Clinic MAIWP-MAPIM. Beliau mengharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat penduduk setempat.
Perkhidmatan Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini jelas memberikan impak besar kepada komuniti, terutamanya bagi mereka yang memerlukan rawatan perubatan segera tetapi mungkin kurang berkemampuan.