KesihatanSemasa

Double-Decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM gegarkan Pesta Royal Floria Putrajaya

Double-Decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM telah menerima sambutan yang amat positif dari pengunjung Pesta Royal Floria Putrajaya pada Rabu, hari ketujuh pesta itu berlangsung. Lebih daripada 90 orang telah menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma pada hari semalam.

Antara yang mengunjungi Double Decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kali ini ialah Badan Kebajikan Angkatan Tentera atau BAKAT, yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai tentera. Mereka bukan sahaja melakukan pemeriksaan kesihatan percuma, tetapi mereka juga beramai-ramai mendengar taklimat kesihatan percuma daripada Dr. Kamaruddin tentang kencing manis. Mereka kagum dengan khidmat Mobile Clinic ini dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Selain itu, Mobile Clinic juga telah membuat rawatan kecemasan apabila ada pengunjung pesta flora yang mengalami kecederaan pada kakinya.

Rata-rata pengunjung memuji khidmat yang disediakan oleh pihak MAIWP dan MAPIM ini, dan berharap Double-Decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan diadakan di tempat mereka kelak. Diharapkan agar momentum penerima manfaat akan terus positif untuk hari-hari berikutnya.

 

Related Articles

Back to top button