Semasa

Rakyat tunggu pengumuman PM hari ini

Antara melonjak ekonomi & kelangsungan kesihatan Malaysia

BANGI :  Tumpuan Malaysia hari ini terarah kepada pengumuman Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung susulan kebimbangan setelah kes jangkitan Covid-19 harian mencecah empat digit pada hampir setiap hari sejak penghujung Disember 2020.

Malah kes positif melonjak kepada empat angka tertinggi iaitu 3,027 kes pada Khamis lalu.

Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman rasmi itu dijangka petang ini.

Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang butiran lanjut mengenai masa siaran pengumuman tersebut.

UMMAHTODAY difahamkan Perdana Menteri masih mempengerusikan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara.

Media turut difahamkan, sidang akhbar perkembangan Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang sepatutnya diadakan hari ini juga dibatalkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pengumuman khas Perdana Menteri.

Malah dengan jangkitan kes positif terbaru kepada Menteri Kabinet, Datuk Seri Mustapha Mohamad semalam, rakyat Malaysia juga mengetahui apakah bentuk kawalan terkini yang bakal diumumkan kerajaan.

Banyak telahan singgah di media sosial termasuk perintah berkurung semula di beberapa negeri yang mencatat jangkitan kes tertinggi termasuk PKP kedua.

Bagaimanapun semua itu menurut Menteri Kanan Keselamatan,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  dengan gesaan supaya rakyat untuk tidak mempercayai khabar angin.

Sebaliknya beliau menasihatkan orang ramai untuk menantikan pengumuman khas daripada Perdana Menteri sendiri, hari ini.

Datuk Seri Ismail berkata rakyat diberi masa untuk bersedia mungkin dua, tiga hari atau lebih.

Malah katanya, rakyat diberi masa untuk bersedia dan jangan panik. seperti katanya Sabtu lalu.

Baca juga :

Jangan panik.

Kes kematian 71 pada 2021 sahaja

Kes 3 angka tertinggi lepasi 3.000

Tidak seperti Mac lalu, ketika semua masih dalam ketidaktahuan apa itu pandemik berbanding kini dalam keadaan ramai bersedia dan memahami mengapa pelaksanaan dilakukan kerajaan.

Sementara itu, beberapa persatuan perniagaan memberi amaran minggu lalu, kesan teruk jika perintah berkurung dikenakan semula termasuk daripada Persatu Pengeluar Malaysia, FMM, yang menyatakan kebimbangan kesan dari sudut ekonomi.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menzahirkan kebimbangan apabila kes kematian terus meningkat saban hari.

Beliau menjangkakan sehingga Mac tahun 2021 kemungkinan kes jangkitan setiap hari mencecah angka 8,000 kes.

Malah sehingga 10 hari terawal tahun ini kes kematian sudah pun mencapai  80 kes kematian mangsa yang menunjukkan satu tahap merungsingkan.

Kadar kematian mendadak akibat Covid-19 ini membimbangkan berbanding pada permulaan wabak menular pada tahun lalu sehingga Oktober 2020 yang hanya mencatat jumlah maut tidak sampai kepada 100 kes.

Setakat semalam jumlah kematian ialah seramai 551 orang.

Manakala jumlah positif 2,433 dengan keseluruhan kes mencecah lebih 100,000 kes.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button