PalestinSemasa

Ditangkap 51 kali, 11 tahun dalam penjara, Raed dizalimi kerana menjadi warga Palestin

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Kisah ini dikongsikan oleh Tamar Fleishman – Aku duduk dengan Raed di bawah teduhan dinding. Walaupun tembok itu sering dirujuk sebagai “Penghalang Pemisah”, ia sebenarnya adalah tembok aparthheid Israel.

Raed sudah berkahwin, mempunyai 4 orang anak untuk diberi makan.

Namun mengikut undang-undang kuasa pemerintah, Raed ‘haram’ untuk kekal berada di rumahnya sendiri dan hendaklak terasing daripada keluargannya kerana apa yang dipanggil ‘undang-undang Kewarganegaraan’ yang sebenarnya untuk bertujuan memecahkan keluarga Palestin.

Raed yang telah dilahirkan dan dibesarkan di Palestin. Dia mempunyai ID hijau, manakala isterinya yang dilahirkan dan dibesarkan di Baitulmaqdis Timur mempunyai ID biru.

Disebabkan itu, Raed dianggap sebagai penduduk Palestin sedangkan dia adalah penduduk Jerusalem.

Undang-undang kewarganegaraan yang diluluskan baru-baru ini dan penguatkuasaannya yang keras menekankan rejim apartheid yang telah diterapkan oleh Israel di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.

Raed sering menyelinap ke Israel untuk bekerja dan menyara keluarganya. Dia pernah bekerja dalam pembinaan dan dia masih berhubung dengan beberapa kontraktor yang boleh mengupahnya.

Pada masa lalu, dia telah ditangkap oleh tentera Israel sebanyak 51 kali. Dan 51 kali dia telah dihukum dan dipenjarakan.

Secara keseluruhannya, Raed telah menghabiskan 11 tahun dalam penjara.

Semasa di penjara, Raed belajar bahasa Ibrani, hak asasi manusia, dan undang-undang.

Dia telah melabur sejumlah duit untuk mengupah seorang peguam yang boleh membantunya menukar status undang-undangnya. Dia telah membuat permintaan rasmi untuk diberikan permit kerja Israel sebagai tukang batu.

Sehingga itu, dia bekerja dengan dua anaknya sebagai penjual di sebelah Palestin di pusat pemeriksaan Qalandiya.

Raed adalah antara beribu-ribu orang yang sedang berjuang untuk hidup disebabkan pelbagai sekatan dikenakan keatasnya


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button