Pasti ramai yang tidak sangka chef selebriti terkenal kelahiran Turki, Burak Ozdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak yang popular dimedia sosial menyimpan berita sedih disebalik senyumannya.
Selebriti yang tidak lokek dengan senyuman dalam setiap paparan videonya sambil memasak hidangan yang banyak bagi tujuan berkongsi rezeki dengan penduduk yang kurang berkemampuan.
Gerak kerjanya yang selalu berkongsi makanan dengan penduduk dipandang mulia oleh setiap lapisan masyarakat malah, setiap video yang dimuat naik di laman sosialnya sering mendapat pujian.
Sifat beliau yang suka membantu orang kurang berkemampuan dapat dilihat apabila beliau juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan badan bukan kerajaan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV).
Beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti kemanusiaan di bawah TDV.
Baru-baru ini, peminatnya dari serata dunia telah dikejutkan dengan satu video yang menunjukkan dirinya sedang berbaring sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.
Di dalam video tersebut kelihatan berat badan Burak semakin susut dan wajahnya tidak ceria malah, ramai orang menyuarakan rasa simpati terhadap keadaanya yang tidak sihat.
Lebih meruntun jiwa, apabila beliau memuat naik video terbaru yang seolah-olah menjadi ucapan terakhir darinya.
“Jika anda kehilangan saya suatu hari nanti, ingatlah saya melalui video-video masakan dan amal kebajikan yang saya pernah lakukan sebelum ini,” katanya menerusi video tersebut.
Ramai warganet turut mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan kembali tersenyum manis dalam menyediakan makanan untuk dikongsi bersama penduduk yang kurang berkemampuan.