PULAU PINANG : Setahun lenanya tidak nyenyak, setiap malam digasak di fikiran bertalu-talu, kata-kata “Masuklah Islam, Masuklah Islam!
Sehinggalah pada satu tarikh keramat beliau mengucapkan kalimah Syahadah untuk bersama-sama dengan umat Islam bertauhid kepada Tuhan Yang Satu, Allah azza wajalla.
Apa pun definisinya, Abdul Salam Abdullah, 61, menanti 17 hari lagi ke hari bersejarah yang mengubah dirinya bergelar – saudara baharu, saudara Islam.
Beliau yakin keputusan yang diambil lima tahun dahulu bukan satu keputusan yang silap.
Kini tertunai impiannya dan beliau mahu terus membentuk dirinya untuk benar-benar mendalami agama yang Syumul.
Kini pemilik nama dahulunya M. Santiago semakin tenang, ceria, dan sentiasa memanjatkan rasa kesyukuran bergelar orang Islam.
Mengimbau saat terpaut pada Isla, pengalaman bekerja bersama rakan-rakan Islam telah menjinakkan jiwanya akan kebenaran Islam namun semua itu dipendam sehinggalah 39 tahun lamanya.
Kisah Abdul Salam pernah ditulis di media sebelum ini.
Beliau terbabit sebagai salah seorang penerima bantuan pek makanan, dalam siri Jelajah Peduli Ummah, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, pada Mei lalu.
Bantuan diserahkan kepada beliau oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr) Ahmad Sani Al-Araby.
Ketika itu, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dalam usaha kerajaan mencegah penularan wabak pandemik Covid-19.
Dari sejak kisahnya diketahui kini, seronok – itulah perkataan yang tetap sentiasa meniti di bibirnya menzahirkan keterujaannya menjadi sebahagian daripada umat Islam.
“Seronok ramai orang sembahyang, kita tengok orang ramai sembahyang masjid, raya, haji, banyak seronok, hati orang Islam baik, undang-undang baik, kena ikut, kena ikut Nabi, tidak ikut tak baik. Itulah Islam.”
Abdul Salam, mengucapkan penghargaan yang tinggi kepadaTuan Haji Kamaruddin Abdullah selaku Presiden dan Pengasas Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang di atas jasa beliau mendekatkan lagi Abdul Salam dengan agama yang benar ini.
Beliau juga Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM sentiasa disebut Abdul Salam sebagai insan yang banyak membantunya sehinggalah Salam dengan rela hati memeluk Islam dan sehingga kini terus dibimbingi melalui kelas-kelas kepada saudara baharu.
Salam sejahtera ke atas mu, Abdul Salam!