Detik hitam rakyat Syria menjadi mangsa kekejaman rejim Assad
Oleh Hafeez Anuar
Zaman al-Wasl menerima satu kiriman video yang menunjukkan mayat tahanan rakyat Syria telah dibunuh malah turut dibakar dipercayai berpunca dari perbuatan kejam rejim Assad di selatan Syria.
Ratusan mayat tahanan terbakar telah ditanam di perkuburan padang pasir sekitar tahun 2011 sehingga 2013 di kawasan tanah pasir berdekatan bandar al-Masmiya di utara bandar Daraa.
Agen Keselamatan Ketenteraan dan Perisikan Tentera Udara yang disokong oleh rejim Assad sering mengangkut dan membunuh tahanan di dalam lori ke kawasan padang pasir lalu membakar mayat tersebut sehingga mencecah 100 mayat setiap hari.
Menurut sumber, kebanyakan tahanan telah maut akibat diseksa atau dibunuh dalam selepas keputusan perbicaraan.
Zaman al-Wasl mendapati dua agen keselamatan muncul dalam video menyeksa mayat tahanan dengan kegembiraan.
Menurut sumber al Wasl, kebanyakan mangsa telah diseksa sehingga mati dalam penjara di lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan di kamar keselamatan ibu negara.
Rangkaian Hak Kemanusiaan Syria, dengan kerjasama Euro-Mediterranean Monitor, sebelum ini isu laporan penuh mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa terdapatnya mangsa yang dibakar hidup-hidup namun tiada yang mengutuk perbuatan biadab itu.
Laporan tersebut memaklumkan pada ketika itu mendokumenkan jenayah pembakaran orang Syria dan lebih menyukarkan lebih menjumpai klip yang menyaksikan jenayah ini, dengan pengesahan bahawa rejim Assad telah membakar dari awal revolusi pada 2011 sehingga Februari 2015, 82 orang telah dibakar hidup-hidup.
Laporan mengesahkan 773 orang termasuk 146 perempuan dan 69 kanak-kanak dibunuh, dan kejadian berlaku ketika pembunuhan beramai-ramai di daerah yang berlainan di Syria, bermaksud ia disertai oleh
Ribuan orang dipercayai telah diseksa dan dibunuh dalam penjara Syria sejak musim bermula. Penjara Sednaya, pusat ketenteraan di Damsyik telah lama dikira sebagai salah satu institusi menakutkan di Syria, menurut laporan Guardian.
Tahanan yang hilang dalam Penjara Sednaya dipanggil untuk mendesak penyokong rejim untuk membongkarkan nasib mangsa yang hilang. Ia turut mendesak pegawai mendedahkan lokasi mayat dan membenarkan ujian DNA agar mangsa boleh pulang ke pangkuan keluarga.
10 tahun perang di Syria telah membunuh 500,000 orang dan mendorong separuh 22 juta populasi pra-perang daripada kediaman mereka, termasuk 6.7 juta pelarian ke negara jiran.
– AGENSI
================
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria.
DUA CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987