Kesihatan

Dengkur kuat, tidur tidak berkualiti

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Adakah anda rasa orang yang berdengkur menganggu anda tidur? Ya.

Berdengkur yang kritikal ialah dengkur yang berterusan ketika tanpa gagal merujuk kepada ‘sleep apnea’ atau dikenali sebagai gangguan tidur yang menggangu pernafasan.

Sleep apnea boleh memberi masalah sosial kepada penghidap.

Orang yang tidak dapat tidur yang betul dan berkualiti akan berasa penat pada waktu siang lalu akan menjejaskan kualiti kerja dan hidup.

Merujuk sunnah Nabi Muhammad SAW, posisi tidur yang betul digalakkan adalah tidur mengiring ke kanan.

Jika mengikut kajian sains, tidur mengiring ke kanan dapat mengurangkan risiko kegagalan fungsi jantung. Apabila saat posisi tubuh anda ke kanan, jantung kita di bahagian kiri tidak tertindih oleh organnya yang lainnya.

5 tips ini dapat atasi berdengkur ketika tidur:

  1. Melakukan aktiviti fizikal yang sihat
  2. Workout Routines for Men: The Ultimate Guide

Kebanyakan orang yang berdengkur ini mempunyai masalah berat badan lebihan atau mengalami obesiti. Ini berlaku kerana mereka mempunyai saiz tisu tekak yang lebih besar yang menyebabkan masalah berdengkur.

Mempunyai berat badan yang normal dapat mengurangkan masalah ini dan meningkatkan kualiti hidup anda.

2. Baring dengan bantal yang tinggi sedikit 

Sonno The Pillow – Sonno Malaysia

Tips ini dapat membuka aliran udara dengan lebih luas kerana jika menggunakan bantal yang lebih tebal dapat tinggikan posisi kepada anda ketika baring.

3. Tidur dengan cukup setiap hari

6 Ways to Sleep Better in the Summer - The New York Times

Tidur yang sihat dan normal adalah tidur dengan sekurang-kurangnya 6 jam setiap malam bagi mendapat rehat yang berkualiti. Dengkur berlaku kerana tidak dapat rehat yang secukupnya.

4. Minum air dengan secukupnya

What you should know about drinking water (but probably don't)

Jika badan kita tidak mempunyai air yang mencukupi, hidung dan tekak akan menghasilkan mukus melekit. Hasilan ini akan membantu dengkur berlaku dengan mudah.  Oleh itu, ajar diri untuk minum air sebanyak 8 gelas air setiap hari bersama dengan 1.5 liter.

5. Elak makanan yang meradangkan hidung dan tekak

Dairy: Health food or health risk? - Harvard Health

Makanan yang mempunyai sumber tenusu dan gluten adalah punca keradangan pada hidung dan tekak.

Keradangan ini adalah faktor masalah dengkur ketika tidur. Jika anda ingin makan bersumber ini, anda perlu elakkan beberapa jam sebelum tidur.

Ini antara tips yang sedikit sebanyak dapat membantu kita mengatasi masalah dengkur.

Jika masalah dengkur anda semakin serius, boleh rujuk pada doktor dengan segera bagi memastikan anda mempunyai tidur yang normal setiap malam.

Related Articles

Back to top button