Semasa
Denda tidak lebih RM50,000 tinggal anak bersendirian dalam kereta
PETALING JAYA : Individu khususnya yang bergelar ibu bapa boleh dikenakan denda sekiranya meninggalkan anak-anak bersendirian dalam kenderaan tanpa pengawasan.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Oleh Hafeez Anuar