Demi Al Aqsa, sebarkan kempen #shameonisrael
Selebriti tanah air, artis dan penceramah terkenal sertai kempen
KAJANG : Seluruh rakyat Malaysia disaran menghambat pada dinding dan hantaran di sosial media mereka mengenai kempen tanda pagar shame on Israel.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata kempen ini sekurang-kurangnya menjadi tanda sokongan rakyat Islam di Malaysia mengenai penderitaan dan nasib warga Gaza terutama kanak-kanak yang kini dibedil bertalu-talu oleh tentera Zionis.
AYUH BANGKIT & VIRALKAN POSTER INI TANDA KITA TIDAK TIDUR
Jika Saudara Kita di BaitulMaqdis dan Gaza jadikan dada mereka sebagai tembok pelindung, kenapa tidak kita lancarkan serangan cara tersendiri di media sosial tanda solidarity kepada Palestin
Ayuh Kita Serang Cara Kita
Upload poster ini di Facebook anda dan share sebanyak mungkin dengan #ShameOnIsrael Untuk Instagram pula
#MyAqsaDefender
Antara penceramah dan pendakwa terkenal tanah air yang turut serta ialah Ustaz Datuk Dr Izhar Arif, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Don Danial don Biyajid juga Ustaz Abdullah Khairi serta ramai lagi selebriti tempatan.
Tidak ketinggalan menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin ialah biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, Datuk Nora Ariffin, Neelofa, Heliza Helmi, Zizan Razak dan pelbagai lagi.
Dari jam 4 pagi tadi dan ke jam 4 :00 petang halaman tanda pagar shame on Israel kini menjangkau 30,000 pengikut.
Terus sebarkan ke bumi Anbiya dengan kerakusan tentera Zionis yang memuncak! Jika kita tidak dapat berjuang bersama mereka, ayuh kita kalahkan mereka di alam maya.
Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.
Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016