WUHAN : Penduduk Wuhan dilaporkan melakukan panic buying setelah kes Covid-19 kembali menekan mereka.
Penduduk tempatan mulai menyerbu supermarket terdekat, kerana mereka berada dalam ancaman lockdown.
Swab test besar-besaran dilakukan di ibu kota Hubei itu selepas mereka menemukan tujuh kes dalam kalangan pekerja migran.
Wuhan, kota yang pertama mengesan covid-19 pada akhir tahun 2019, tidak melaporkan jangkitan tempatan sejak pertengahan Mei tahun lalu.
Kejayaan mereka kerana lockdown selama 76 hari yang kemudiannya ditiru oleh kerajaan seluruh dunia.
Kuarantin besar-besaran itu juga terjadi di seluruh China, membuatkan penularan domestik menjadi sifar, dan perlahan-lahan berdampak positif kepada ekonomi.
Tetapi, varian Delta kembali menyerang negara Panda dengan kes meningkat di 20 bandar dan puluhan daerah.
Sembilan petugas kebersihan di Lapangan Terbang Nanjing diyakini menjadi penyebab munculnya reaksi berantai 414 kes dalam dua minggu terakhir.
Memetik The Sun Selasa (3/8/2021), Komisi Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan ada 90 kes virus corona di seluruh negara.
Sebagai langkah pencegahan, jutaan penduduk di 20 bandar tersebut diperintahkan untuk tetap tinggal di rumah.
Pengangkutan awam ditutup, dengan swab test besar-besaran dibuat. Tempat pelancongan juga ditutup ketika puncak cuti musim panas.
Penduduk Wuhan sudah bersiap sekiranya mereka kembali dikuarantin dengan melakukan panic buying di supermarket.
Pejabat tempatan memaklumkan, mereka akan memastikan penduduk tidak panik, dan juga menjaga harga barangan keperluan supaya tetap stabil.