SEGAMAT : Demi keluarga, seorang warga emas Orang Asli sanggup berada di atas sampan selama empat jam bagi mendapatkan bekalan makanan untuk kelangsungan hidup.
Ganbin bin Kiaw, 62, memberitahu Ummah Today yang beliau terpaksa mengambil risiko mendayung
sampan kecilnya dalam banjir yang deras bagi mendapatkan keperluan hidup yang mengambil masa selama empat jam untuk perjalanan pergi dan balik.
“Saya terpaksa membuat keputusan untuk mengayuh sendiri sampan keluar mencari sumber keperluan hidup dan susu untuk cucu.
“Dia (cucu) budak kecil memang tidak mahu minuman lain selain susu yang selalu diberi, jadi nak tak nak saya kena pergi keluar mencari,” katanya.
Beliau turut memberitahu, beliau masih belum menerima sebarang sumbangan sehingga MAPIM Malaysia dan MAPIM RANGERS datang memberi bantuan.
MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers sedang berada dalam Misi Banjir Johor yang fokus pada bantuan awal dan keperluan asas untuk mangsa-mangsa banjir yang memerlukan kerana mereka juga adalah ahli kepada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT), iaitu CDERT MAPIM.
Ini selaras dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, bahawa penubuhan CDERT bukanlah retorik semata-mata, tetapi ia berfungsi sebagai antara inisiatif kesiapsiagaan serta pengurangan risiko bencana kepada rakyat.
Menurut Ganbin, rumahnya hancur dibawa arus banjir dan tiada barang yang terselamat kerana beliau tidak menjangka banjir kali ini akan menjadi begitu teruk.
Kini, Ganbin yang sudah kematian isterinya sejak dua tahun lepas akibat sakit tua, tinggal bersama anak-anaknya.
Sehingga hari ini, pihak berkuasa sudah memaklumkan banjir di kawasan Johor sudah semakin surut dan semakin ramai yang dapat kembali ke rumahnya.
—————————————————————————————————————————-
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today