Semasa

Datuk Seri Abdul Hadi Awang stabil – anak

Menerima rawatan di Institut Jantung Negara

KUALA LUMPUR :
“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam keadaan stabil dan memerlukan beliau berehat.

Mungkin beliau kepenatan dengan jadual yang padat.

Demikian bunyi mesej ringkas daripada anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pagi ini.

Beliau yang mengesahkan perkara itu turut memohon semua masyarakat Malaysia mendoakan ayahanda beliau untuk terus sihat dan berkhidmat untuk ummah.

Presiden PAS itu dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya malam tadi setelah dilaporkan sesak nafas lebih kurang lewat petang jam 19:50 malam tadi.

Bagaimanapun kemudian beliau dirujuk ke Institut Jantung Negara, IJN untuk rawatan susulan, dan melakukan ujian calitan di IJN.

Turut hadir di Hospital Putrajaya pada waktu itu ialah Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

FB: Datuk Seri Zahid Hamidi

Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi  dalam hantaran di Facebook beliau mendoakan Datuk Seri Hadi  dan menyelitkan doa saranan Nabi SAW.

Turut mendoakan beliau bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Hadi juga adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri pada April tahun lalu.

“Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim).”

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button