Semasa

Cuti kelepasan am Hari Wilayah Persekutuan 3 Februari adalah palsu – JPM

KUALA LUMPUR : Gambar yang tular di media sosial mengenai pemberian cuti kelepasan bagi negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini adalah tidak benar.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan berkata ia merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di Whatsapp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’.

“Tiada cuti kelepasan diisytiharkan untuk negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini, seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

“JPM ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera tersebut adalah tidak benar.
“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button