PORTUGAL : CR7 nama yang paling dikenali oleh peminat bola sepak dunia. Pemain yang berusia 36 tahun, Cristiano Ronaldo kini hanya memerlukan satu gol lagi untuk menjadi pemain yang menjaringkan gol terbanyak di peringkat angtarabangsa yang sebelum ini dipegang oleh pemain Iran, Ali Daei.
Ronaldo yang menjaringkan dua gol penalti dalam perlawanan menentang Prancis awal pagi tadi telah mengumpul sebanyak 109 gol. Sekaligus bakal memecahkan record Ali Daei yang mencapai jumlah sama dari tahun 1993 hingga 2006.
Daei memberikan responnya terhadap kejayaan itu di dalam instagramnya dan mengucapkan tahniah kepada Ronaldo yang akan memadam namanya dalam buku rekod dunia tak lama lagi.
Sikap prihatin Ronaldo terhadap masyarakat di Palestin, khususnya di Gaza, menyebabkan dia bukan sahaja figura dalam padang yang mencipta kejayaan tersendiri namun berjiwa kemanusiaan.
Ronaldo juga menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak dunia yang berjaya memasuki pusingan kalah mati di pertandingan Kejohanan Eropah iaitu pada tahun 2004,2008,2012,2016 dan 2020.
Sebelum ini kecoh apabila Ronaldo mengalihkan botol coca-cola yang telah mengakibatkan saham coca-cola jatuh dan rugi sebanyak AS$ 4 bilion (RM 16.4 bilion). Dia juga menasihatkan orang ramai mengambil minuman air mineral pada kejohanan EURO 2020.
Ronaldo sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet yang ketat dan mengelakkan mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya yang semakin meningkat
Pada tahun 2019 Ronaldo juga pernah memberikan sumbangan kepada Palestin dengan mendermakan AS$1.5 Juta (RM6.2 juta) menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan sebagai tanda prihatin terhadap penduduk gaza yang terus dibedil oleh Israel.
Itu bukan pertama kali dia menunjukan rasa prihatan terhadap penduduk Palestin. Sebelum ini, kasut emas yang dimenangi oleh beliau pada tahun 2012 turut disumbangkan untuk pembinaan beberapa buah sekolah di gaza.
Bintang legenda itu juga dikatakan tidak mempunyai tattoo kerana dia sering mendermakan darahnya bagi kepentingan manusia.
Oleh : ZulFikre Ali – Pelatih Fakulti Animasi UiTM