Covid19DuniaSemasa

COVID19: Kes kematian pertama varian Omicron di Thailand

BANGKOK: Kes kematian pertama dilaporkan di Thailand akibat varian Omicron COVID-19.

Menurut kenyataan Pejabat kesihatan di wilayah selatan Songkhla, seorang wanita berusia 86 tahun dari Hatyai, Songkhla yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech meninggal dunia pada 12 Januari akibat jangkitan Omicron.

Wanita penghidap penyakit Alzeheimer itu dipercayai dijangkiti varian Omicron melalui cucunya, kemudian analisis tambahan di makmal menunjukkan wanita itu diuji positif bagi varian tersebut.

Kes pertama varian Omicron dikesan bulan lalu dan negara gajah putih itu merekodkan lebih 10,000 kes Omicron sehingga kini.

Sebanyak 8,077 kes baharu COVID-19 dan sembilan kematian direkodkan sejak 24 jam lalu, pertama kali angka kematian harian menurun kepada satu angka.

Thailand merekodkan 2,324,485 kes jangkitan dan 21,925 kematian setakat ini.

– BERNAMA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button