Semasa

COVID:19 : 16,480 kes baharu

PUTRAJAYA : 16,840 kes baharu COVID-19 dicatatkan negara hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,095,486 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat enam negeri mencatatkan kes empat angka berbanding semalam hanya empat negeri.

Negeri berkenaan ialah Selangor dengan 6,092 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,114), Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079) dan Sabah (1,066).

Perak dengan 810 kes, Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), dan Terengganu (258).

Putrajaya dengan 100 kes baharu, Perlis (13) dan Labuan (tujuh), katanya menerusi Facebook, hari ini.

Rakyat terus diingatkan supaya terus melakukan kawalan kendiri supaya negara bebas dari Covid-19.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button