Covid19DuniaSemasa

COVID-19 : Varian baharu, ‘IHU’

PARIS: Pihak saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai 46 mutasi, ketika dunia masih lagi bergelut menentang varian, Omicron.

Portal Independent melaporkan, IHU iaitu B.1.640.2 merupakan nama bagi varian baharu yang setakat ini menjangkiti 12 orang di tenggara Perancis.

Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas kerja yang diterbitkan di medRxiv.

Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan, tidak bermakna IHU akan menular seperti strain lain, termasuk Omicron.

Dalam analisis itu, penulis menemui 46 mutasi yang tidak dikesan di negara lain, atau varian yang sedang disiasat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penulis laporan mendakwa varian IHU menjangkiti individu tersebut selepas didapati positif COVID-19 selepas pulang dari perjalanan tiga hari, di Cameroon, walaupun sudah divaksin sepenuhnya.

Penulis kertas penyelidikan itu berkata, “Pengesanan seterusnya, tiga mutasi dalam gen spike (pepaku) untuk menyaring varian tidak sepadan dengan corak varian Delta yang terbabit dalam hampir semua jangkitan SARS-CoV-2 pada masa itu,” katanya.

Dengan kemunculan varian baharu itu, penulis menekankan kepentingan ‘pengawasan genomik’.

Dalam kekait Twitter yang panjang, ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau bagi menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.

“Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.

“Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berhubung dengan virus asal,” katanya. – AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button