KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 22,802 kes baharu dilaporkan berbanding 20,939 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 3,019,163 kes.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
Drp 22,802 kes harian yg dilaporkan pada 12 Feb 2022;
•104 kes (0.46%) kategori 3, 4 & 5
•22,698 kes (99.54%) kategori 1 & 2Kategori 1 : 5,029 kes (22.05%)
Kategori 2 : 17,669 kes (77.49%)
Kategori 3 : 82 kes (0.36%)
Kategori 4 : 14 kes (0.06%)
Kategori 5 : 8 kes (0.04%)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 12, 2022