Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
WELLINGTON : New Zealand merekodkan sejumlah 83 pertambahan kes jangkitan positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Hal ini, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu, 551 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Dr Ashley Bloomfield, sebanyak 496 kes dicatatkan di Auckland dan selebihnya 15, di ibu negara, Wellington.
Pada Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 23,000 ujian saringan dijalankan dan hampir 78,000 dos vaksin COVID-19 diberikan.
Setakat ini sebanyak 26 kes kematian direkodkan di negara itu sejak penularan wabak iaitu pada Februari 2020.
Berdasarkan data Johns Hopkins University menunjukkan, kurang 22 peratus populasi New Zealand telah divaksinasi sepenuhnya.
Oleh Nurshazlin Shahrom