PUTRAJAYA: Sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi menjadikan bilangan kes positif harian COVID-19 di negara ini kembali ke lima angka.
Sejumlah 2,914,220 kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam hantaran melalui media sosialnya.
Katanya lagi, Selangor melaporkan jumlah kes tertinggi untuk hari ini, dengan 2,549 dilaporkan, diikuti Johor dengan 1,582 kes dan Sabah pada 1,285 kes.
Kedah pula melaporkan sebanyak 904 kes positif hari ini, Pahang (624 kes) dan Pulau Pinang dengan 542 kes.
Negeri lain masih merekodkan bilangan kes bawah 500 iaitu Kuala Lumpur dengan 491 kes Kelantan (471) Negeri Sembilan (464) Melaka (457) Perak (321) Terengganu (213) Putrajaya (61) Sarawak (58) Perlis (44) dan Labuan dengan 23 kes.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akui kes Covid-19 mula meningkat dengan mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti. Setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta. Kekal berwaspada. Dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi ciapannya di Twitter hari ini.
Walaubagaimana pun kita harus terus kekal mengamalkan gaya norma hidup baharu untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang mula mengganas.