KUALA LUMPUR : Kes jangkitan positif Covid-19 meningkat melepasi angka 5,000 dengan mencatatkan sejumlah 5,020 kes berbanding semalam iaitu 4,965 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan kes jangkitan virus Covid-19 ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-29 di Malaysia adalah sebanyak 2,673,019 kes.
Pada 8 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,020 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,673,019 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/wDQMr8A7l1
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 8, 2021