PUTRAJAYA : Kes jangkitan positif Covid-19 hari ini mencatatkan sejumlah 4,097 kes.
Jumlah ini meningkat berbanding semalam iaitu 3,504 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,699,240 kes.
Pada 14 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,097 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,699,240 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 14, 2021