PUTRAJAYA : Kes Covid-19 di Malaysia hari ini dilaporkan sebanyak 4,262 kes.
Jumlah jangkitan positif ini meningkat berbanding semalam iaitu 3,900 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi laman Twitter, perkembangan kes ini menjadikan jumlah kumulatif sejumlah 2,707,402 kes.
Pada 16 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,262 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,707,402 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 16, 2021