
KUALA LUMPUR : Kes harian positif Covid-19 hari ini melepasi angka 6,000 iaitu dengan mencatatkan sebanyak 6,144 kes berbanding 5,755 kes semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,608,979 kes.
Pada 25 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,144 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,608,979 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/XBdErmAOIE
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 25, 2021