KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan sehingga melepasi angka 5,000 iaitu sebanyak 5,439 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,850,408.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 27 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,850,408 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvTN7p
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 27, 2022