
KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan mencecah angka 4,000 iaitu sebanyak 4,046 kes dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,824,973.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 21 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,046 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,824,973 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 21, 2022