Semasa

Covid-19 : jumlah jangkitan di India catat 306,064 kes

NEW DELHI : Jumlah jangkitan kes Covid-19 di India meningkat kepada 39,543,328 pada Isnin, dengan 306,064 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menurut statistik terkini daripada kementerian kesihatan.

India merekodkan kes melebihi 300,000 untuk lima hari berturut-turut sejak lapan bulan yang lalu, lapor Xinhua.

Sementara itu, 439 orang telah meninggal dunia sejak pagi Ahad, meningkatkan jumlah kematian akibat wabak itu mencecah 489,848.

Di negara ini, kini terdapat 2,249,335 kes aktif Covid-19, peningkatan sebanyak 62,130 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Setakat ini, 36,804,145 pesakit telah dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan 243,495 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lepas dibenarkan pulang ke rumah.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button