Covid19Semasa

Covid-19 : Jangkitan positif menurun sehingga 17,672 kes

PUTRAJAYA : Catatan kes Covid-19 di negara Malaysia hari ini merekodkan penurunan sehingga 17,672 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes terbaharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 1,572,765 kes.

Tambah beliau, bagaimanapun semua negeri masih menunjukkan pertambahan kes dengan Selangor melaporkan kes di bawah 5,000 iaitu 4,316 kes.

Selain itu, katanya, Sabah mencatatkan sebanyak 2,474 kes, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

“Selain itu, Perak sebanyak 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button